Tuesday 4 November 2014

Perniagaan Francais

Perniagaan  Francais
Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan (specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujud di negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih tidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaan francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.
(a)       Definisi Perniagaan Francais
Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk (francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.
Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan (duplication).
(b)       Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak
Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individu atau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya, mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai francaisor.
Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untuk mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.
Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepada francaisor.

(c )      Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais
Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francais tentu sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor dan francaisi. Antaranya:
i.          Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusan dan modal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkan keuntungan perniagaan francaisor.
ii.         Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluang memperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju / keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan diamalkan oleh francaisor.
Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada francaisor untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.
Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapi oleh pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:
i.          Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.
Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.
Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.
ii.         Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.
Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.


CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

1. Keperluan untuk kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Mereka sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Mereka sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih memudahkan lagi mereka untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya. Mereka ini akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh, suatu hari nanti akan beroleh kejayaan yang mereka impikan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya. Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di persekitaran yang tenang, membantu kita untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu.
7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang. Mereka bukan hanya sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan yang diimipkan seterusnya memberikan mereka kejayaan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Mereka ini sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Mereka ini selalunya disukai serta dihormati oleh pekerjanya. Mereka juga berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan. Oleh itu, barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antara satu sama lain.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah mereka ini mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan Berjaya.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan suatu hari nanti.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan.

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek.Mereka perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan.

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat


Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

Rahsia Kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong

Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak, angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah diri sendiri yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan. Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan ini yang datang berhijrah dari China telah memegang tampuk pentadbiran dalam urus niaga terutamanya perusahaan lombong.
Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM 50.04 billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi, T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM 8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion!
Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain
Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan. Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa. Kerana nilai ini menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat. Kerana perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina. Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang baik. Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik tidur lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips beliau.
Berkerja Keras & Sedaya Upaya
Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana, dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu hujung bulan apabila gaji boleh dikeluarkan.
Golongan ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah berpuas hati dengan keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu untuk menjadi kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha dengan lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu sendiri, mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka miliki. Mereka kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa untuk menjadi lebih selesa lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin mereka baik dalam bidang lain, bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata kaum lain tidak berminat untuk menambahkan masalah sakit kepala apabila beban dan tanggungjawab kerja semakin bertambah. Bagi kaum lain, orang tamak selalu rugi, tetapi tidak bagi Orang Cina. Semakin tamak, semakin baik. Orang kaya akan semakin kaya, dan orang yang malas akan terus susah. Orang Cina bersikap tamak untuk mengumpul aset yang dimiliki dan untuk kesenangan generasi mereka. Mungkin juga mereka dipengaruhi oleh faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang Cina sangat bijak dalam selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi faktor pendorong untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka jatuh.
Amalan Menyimpan Wang
Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi. Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti kita akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan pelaburan yang seterusnya. Manusia sememangnya mudah alpa, nampak sahaja kemudahan yang ada, mulalah lupa dunia. Wang yang sepatutnya disimpan silap-silap habis dibelanjakan pula. Apabila perniagaan semakin maju, modal juga semakin besar. Apabila mempunyai wang yang besar untuk dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya. Dalam kata yang paling mudah, modal besar untung juga pasti besar.
Bermula dari Bawah
Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan
Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang adalah kuncinya.
Berani Menanggung Risko
Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu, rasanya kita patut membaca biografi bertajuk “Cerita Saya”. Buku ini mengandungi kisah disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar bertaraf dunia. Tahniah!

Monday 13 October 2014

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien



            Antara sebab saya memilih Tan Sri Robert Kuok kerana beliau merupakan orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dengan kekayaan $10.9 billion menurut Forbes dengan menjalankan pelbagai perniagaan dan di beberapa negara .Beliau lahir di Johor Baru ,Johor pada 6 oktober 1923 .Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian ,China .Beliau membesar dan bersekolah bersama-sama dengan anak Onn Jaafar, Tun Hussien Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Semasa di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan. Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.

Beliau melibatkan diri dalam perniagaan dengan menubuhkan Kuok Brother Sdn Bhd pada 1 April 1949 dengan meneruskan perniagaan bapanya ,Tong Seng Company di Johor Baru .Tong Seng Company mejalankan perniagaan sebagai pembekal beras ,gula dan tepung gandum dengan mempeoleh lessen daripada Sultan Johor .

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan beliau mula menjalankan aktiviti perniagaan secara besar-besaran .Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacrturing Company ,Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Nissin Sugar Manufacturing pada tahun 1958 .Pada tahun 1964 ,beliau membuka syarikat penapisan gula yang pertma di Malaysia ,iaitu Malayan Sugar Manufacturing .Syarikat ini diberi kuasa monopoli oleh pihak kerajaan untuk membekalkan gula di Malaysia .Selain itu ,beliau juga mewujudkan ladang tebu pertama di Malaysia dengan usahasama dengan Felda .Selain itu ,beliau juga membuka ladang tebu di Indonesia dan menjadikannya antara pengilang gula terbesar di dunia .Oleh itu ,beliau mempunyai gelaran sebagai Raja Gula Malaysia .

Pada tahun 1974 ,beliau memindahkan perniagaannya di Malaysia dan Singapura ke Hong Kong untuk mengembangkan perniagaannya .Selepas pemindahan ,beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan pembuatan dan perkhimatan .Di Hong Kong ,beliau menubuhkan Kerry Trading dan menjalankan perniagaan sector media dan hartanah .Kerry Trading menguasai 10 buah syarikat yang tersenarai dalam bursa saham Hong Kong .

Selain itu ,selepas beliau mengembangkan perniagaan di Hong Kong ,beliau mula menembusi pasaran China dalam perniagaan industri hartanah ,perhotelan,perdagangan dan juga perkilangan seperti usahasama dengan Coca-cola Company .Selepas nagara Hong Kong dan China ,beliau mengembangkan perniagaan ke Indonesia pada tahun 1960-an dan Filipina pada tahun 1980-an .Beliau merupakan ornag pertama yang berjaya mewujudkan perniagaan hotel 5 bintang (Hotel Shangri-La) .

Tambahan pula ,beliau juga menjalankan aktiviti sosial dengan menubuhkan Kuok Foundation pada tahun 1970.Motif beliau menubuhkan Kuok Foundation adalah menyelesaikan masalah kemiskinan dengan memberi bantuan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada golongan yang memerlukan .Dari tahun 1970 ke 2013 ,Kuok Foundation telah menawarkan biasiswa sebanyak RM 219 milian .

Antara kejayaan beliau adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pihak luaran dan dalaman seperti ahli pentadbiran Malaysia ,ahli perniagaan di China dan ahli keluarga Kuok .Jaringan usahawan cina ini dipanggil The BambooNetwork yang nama bamboo bermaksid buluh .Seperti yang diketahui buluh memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan masyarakat Cina .




References :

Robert Kuok , Ashadi bin Mohd Zaini,Usahawan Malaysia 5th 2007 .PTS Professional Publishing Sdn Bhd .

Kuok Foundation Berhad ,2010 diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://www.kuokfoundation.com/about_intro.html

Robert Kuok Hock Nien ,Wikipedia ,diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Robert_Kuok_Hock_Nien


Robert Kuok still Malaysia's richest man ,New Straits Times ,16 February 2012 ,diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://www2.nst.com.my/top-news/robert-kuok-still-malaysia-s-richest-man-1.47476

Pocari Sweat (Akihiko Otsuka) dan Danone Aqua (Tirto Utomo)


Persamaan
Pocari Sweat dan Danone Aqua merupakan syarikat menawarkan minuman yang mengutamakan kesihatan .Pocari Sweat merupakan syarikat dari Jepun manakala Danone Aqua merupakan syarikat dari Indonesia .Kedua-dua syarikat mempunyai banyak persamaan dan perbezaan dalam mengorganisasikan dan menjayakan syarikat.

Antara persamaan antara kedua-dua syarikat adalah toleransi kepada kegagalan dimana Syarikat Akihido Otsuka menawarkan minuman kesihatan Pocari Sweat kepada masyarakat dan mengalami masalah minuman tidak diterima oleh penguna . Pocari Sweat yang berasa tawar dibandingkan dengan minuman yang sangat laris pada masa itu adalah minuman rasa manis .Walaupun minuman Pocari Sweat tidak diterima oleh masyarakat ,tetapi Presiden Akihido Otsuka tidak menyerah diri .Mr Akihido Otsuka memutuskan bahawa minuman Pocari Sweat dibagikan secara percuma kepada masyarakat .Minuman Pocari Sweat dibagikan secara besar-besaran kepada ahli sukan pekerja dan sebagainya .Walaupun pembahagian secara percuma menyebahkan Otsuka Pharmaceutical mengalami kerugian yang tinggi tetapi Mr Akihido Otsuka tetap menjalankan strategi tersebut dan seterusnya strategi tersebut berkesan dan masyarakat mula menerima minuman Pocari Sweat .Manakala minuman Danone Aqua juga mengalami kesusahan dalam mengambil tempat dalam pasaran .Minuman Danone Aqua juga tidak diterima oleh masyarakat Indonesia pada permulaan kerana berasa minuman air putih yang percuma lebih diterima dalam masyarakat .Dengan ini ,Mr Rahadian Suwiryo tidak putus asa dan memutuskan memberikan modal atau produk kepada setiap peniaga rokok tiga botol minuman Aqua .Dengan ini,minuman Aqua mula menguasai pasaran secara kecilan pada permulaan dan seterus baru dapat berkembang .Oleh itu ,strategi ini menyebahkan minuman Aqua mula menguasai 10% pasaran dalam restoran ,hotel dan sebagainya .Dengan ini ,minuman Aqua terdapat dimana-mana pasaran .

Selain itu ,antara persamaan lain adalah memasuki pasaran baru yang persaing tidak menyedari .Minuman Pocari Sweat memasuki pasaran Jepun pada April 1980 dan pada masa itu Jepun tidak mempunyai minuman sihat terhadap manusia .Pada masa itu ,minuman yang paling laris di Jepun adalah minuman ringan kadar gulanya pada 12% yang ditawarkan oleh pesaing .Manakala minuman Danone Aqua merupakan minuman kesihatan yang pertama ditawarkan di Inonesia .Mr Rahadian Suwiryo menawarkan minuman kesihatan Danone Aqua pada tahun 1973 dan pada masa itu ,minuman yang paling laris di Indonesia adalah minuman ringan yang berwarna merah .Minuman Danone Aqua merupakan minuman kesihatan pertama di Inonesia dan pada tahun 1980 ,pesaing mula menawarkan minuman kesihatan di pasaran .Walaupun terdapat pesaing ,tetapi minuman Danone Aqua telah mengusai pasaran dan jualannya mula meningkat 10 kali ganda dari tahun 1998 hingga 2012 .

Seterusnya ,antara persmaan lain adalah strategi untuk mengubah pemikiran pengguna .Syarikat Pocari Sweat dan Danone Aqua berusaha untuk mengubah pemikiran ,cita rasa ,kuasa beli terhadap minuman mereka .Apabila Presiden Akihido Otsuka menguji coba ke 1000 kali ,beliau melahirkan idea dengan mencampurkan cairan infus dan serbuk intan dan hasilnya minuman Pocari Sweat yang dapat memenuhi cita rasa pengguna .Campuran yang dihasilkan menyelesaikan masalah kadar gula yang tinggi jika menggunakan zat pemanis .Manakala minuman Danone Aqua mengalakkan pengunaan minuman pada masa dahaga atau selepas sukan membolehkan pengguna menerima cita rasa minuman Danone Aqua .

Perbezaan

            Antara perbezaan minuman Pocari Sweat dan minuman Danone Aqua adalah cara promosi yang berbeza .Minuman Pocari Sweat menggunakan pembahagian secara percuma dengan besar-besaran untuk mempromokan minumannya.Syarikat Pocari Sweat membahagikan minumannya di kawasan sukan ,sauna dan sebagainya .Dengan membahagikan minuman secara percuma dapat memujuk pengguna untuk mencuba minumannya .Manakala minuman Danone Aqua menggunakan cara promosi denggan memberi sponsor kepada aktiviti-aktiviti sukan ,pertandingan marathon dan sebagainya .Selain itu ,syarikat Danone Aqua juga mempromokan minumannya dari rumah ke rumah (door by door) di kawasan perumahan supaya minumannya tidak hanya dinikmati oleh golongan menengah atas .Presiden Danone Aqua Mr Rahadian Suwiryo juga memutuskan untuk menaikan harga minumannya supaya mengubah persepsi penguna iaitu harga tinggi sama dengan kualiti tinggi.

Selain itu ,antara perbezaan lain adalah Syarikat Danone Aqua menlaksanakan usahasama dengan Danone .Usahasama membolehkan 2 syarikat berkonsi pengalaman ,teknologi ,cara pengurusan dan sebagainya .Dengan usahasama ,2 buah syarikat dapat mengurangkan persaingan dan seterusnya mengatasi persaingan lain .Dengan usahasama ,kedua-dua syarikat memberi kesan baik satu sama dengan lain untuk menjalankan perniagaan .Hasil dari usahasama ,jualan pada tahun 1998 adalah 1millian liter dan meningkat 10 kali ganda ke 10 millian liter pada tahun 2012 .



Strategi Analisi

            Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan panjang .Pada tahun 1973 ,Rokuro Harima penanggungjawab pengembangan minuman memperkenalkan cairan infus kepada Mr Akihido Otsuka dan beliau menangungkan dan menyatakan bukan masa untuk menperkenalkan .Pada thun 1976 ,selepas Mr Akihido Otsuka mejadi presiden Otsuka Pharmaceutical dan memutuskan untuk memperkenalkan minuman cairan infus kerana pada masa itu masyarakat mula mengutamakan kesihatan seperti trend olahraga jogging ,alat jogging dan sebagainya.Oleh itu ,Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan jauh dan memperkenalkan minuman Pocari Sweat tepat pada masanya .

            Selain itu ,Mr Akihido juga merupakan seorang yang berani mengambil risiko dengan membahagikan minuman secara percuma dengan besar-besaran di kawasan sukan ,sauna dan tempat bekerja .Walaupun pembahagian merugikan syarikat tetapi Mr Akihido Otsuka terus melaksanakan kerana dia yakin bahawa minuman Pocari Sweat akan Berjaya dan menguntungkan syarikat pada masa akan datang .


            Manakala Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang yang berani mengambil risiko iaitu meningkatkan harga minuman Danone Aqua .Mr Rahadian Suwiyo ingin mengubah persepsi penguna iaitu terhadap harga menentukan kualiti produk .Apabila harga minuman Danone Aqua meningkat malah jualannya tidak menurun tetapi meningkat dan memyebabkan Syarikat Danone Aqua menikmati keuntungan .Selain itu ,Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang usahawan yang menjalankan tanggungjawab sosial dengan membekalkan air bersih kepada masyarakat seperti program mendidik para ibu tentang kebaikan air sihat .Dengan ini ,minuman Danone Aqua menjadi kenal di pasaran .

Sunday 12 October 2014

Tatparanandam Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan

            Antara sebab saya memilih Ananda Krishnan adalah beliau merupakan orang kedua terkaya di Malaysia dan menjalankan perniagaan terutama dalam sektor media teknologi .Beliau berasal dari Brickfields ,Kuala Lumpur atau sekarang dikenali sebagai India Kecil .Beliau dilahirkan pada 1hb April ,1938 dan berumur 76 tahun .Beliau adalah orang kedua terkaya di Malaysia dan ke 138 terkaya di dunia dengan kekayaan sebanyak $ 4 bilion menurut Majalah Fobes (2005) .

            Beliau merupakan  belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda Krishnan pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

            Beliau mempunyai 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan iaitu anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo dan dia tidak berminat terlibat dalam perniagaan bapanya dan manjadi sami Buddha di Thailand .Seterusnya ,anak perempuan pula tinggal di UK dan merupakan seorang doctor dan tidak berminat dengan perniagaan bapanya .Seorang lagi anak perempuan pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tidak berminat dengan perniagaan bapanya .Oleh itu ,semua perniagaan dikendalikan oleh kumpulan professional yang terdiri dari mereka yang berkaliber .

            Beliau merupakan seorang usahawan yang mengutamakan pengembangan teknologi baru dan bertindak balas terhadap peluang perniagaan yang muncul .Antara latar belakang beliau sebelum 1990 an merupakan misteri ,terdapat media mengatakan bahawa kekayaan beliau pada masa itu adalah bergantung keapada kegiatan-kegiatan perjudian .

            Beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan dengan menceburi bidang perdagangan minyak .Beliau membuka Syarikat MAI Holding Sdn Bhd dan seterus menggunakan keuntungan untuk mengembangkan perniagaan ke industri lain seperti perjudian ,media ,telekomunikasi dan jana tenaga .
            Beliau merupakan seorang yang rendah diri dan dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya .Tetapi ,beliau merupakan seorang yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan dengan ahli-ahli politik .Pada tahun 1970 , Ananda sendiri telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir.

Oleh kerana hubungan beliau dengan Dr Mahathir, pada tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

            Kesimpulannya ,untuk menjayakan sesuatu perniagaan atau organisasi ,pemilik perlu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dan pihak-pihak lain yang berpotensi memberi impact kepada perniagaannya .Sebagai contoh ,hubungan Ananda Krishnan dengan Dr Mahathir pada tahun 1991 .







References :
Ananda Krishnan ,Majalah Forbes 2014 ,diakses pada 7 Okt 2014 dari http://www.forbes.com/profile/ananda-krishnan/
Siapakah Ananda Krishnan Orang kaya Malaysia No-2 ? , Harith ,17 Feb 2012 diakses pada 7 Okt 2014 dari http://www.lamankongsi.com/2012/02/siapakah-ananda-krishnan-orang-kaya.html