Monday 13 October 2014

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien



            Antara sebab saya memilih Tan Sri Robert Kuok kerana beliau merupakan orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dengan kekayaan $10.9 billion menurut Forbes dengan menjalankan pelbagai perniagaan dan di beberapa negara .Beliau lahir di Johor Baru ,Johor pada 6 oktober 1923 .Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian ,China .Beliau membesar dan bersekolah bersama-sama dengan anak Onn Jaafar, Tun Hussien Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Semasa di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan. Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.

Beliau melibatkan diri dalam perniagaan dengan menubuhkan Kuok Brother Sdn Bhd pada 1 April 1949 dengan meneruskan perniagaan bapanya ,Tong Seng Company di Johor Baru .Tong Seng Company mejalankan perniagaan sebagai pembekal beras ,gula dan tepung gandum dengan mempeoleh lessen daripada Sultan Johor .

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan beliau mula menjalankan aktiviti perniagaan secara besar-besaran .Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacrturing Company ,Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Nissin Sugar Manufacturing pada tahun 1958 .Pada tahun 1964 ,beliau membuka syarikat penapisan gula yang pertma di Malaysia ,iaitu Malayan Sugar Manufacturing .Syarikat ini diberi kuasa monopoli oleh pihak kerajaan untuk membekalkan gula di Malaysia .Selain itu ,beliau juga mewujudkan ladang tebu pertama di Malaysia dengan usahasama dengan Felda .Selain itu ,beliau juga membuka ladang tebu di Indonesia dan menjadikannya antara pengilang gula terbesar di dunia .Oleh itu ,beliau mempunyai gelaran sebagai Raja Gula Malaysia .

Pada tahun 1974 ,beliau memindahkan perniagaannya di Malaysia dan Singapura ke Hong Kong untuk mengembangkan perniagaannya .Selepas pemindahan ,beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan pembuatan dan perkhimatan .Di Hong Kong ,beliau menubuhkan Kerry Trading dan menjalankan perniagaan sector media dan hartanah .Kerry Trading menguasai 10 buah syarikat yang tersenarai dalam bursa saham Hong Kong .

Selain itu ,selepas beliau mengembangkan perniagaan di Hong Kong ,beliau mula menembusi pasaran China dalam perniagaan industri hartanah ,perhotelan,perdagangan dan juga perkilangan seperti usahasama dengan Coca-cola Company .Selepas nagara Hong Kong dan China ,beliau mengembangkan perniagaan ke Indonesia pada tahun 1960-an dan Filipina pada tahun 1980-an .Beliau merupakan ornag pertama yang berjaya mewujudkan perniagaan hotel 5 bintang (Hotel Shangri-La) .

Tambahan pula ,beliau juga menjalankan aktiviti sosial dengan menubuhkan Kuok Foundation pada tahun 1970.Motif beliau menubuhkan Kuok Foundation adalah menyelesaikan masalah kemiskinan dengan memberi bantuan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada golongan yang memerlukan .Dari tahun 1970 ke 2013 ,Kuok Foundation telah menawarkan biasiswa sebanyak RM 219 milian .

Antara kejayaan beliau adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pihak luaran dan dalaman seperti ahli pentadbiran Malaysia ,ahli perniagaan di China dan ahli keluarga Kuok .Jaringan usahawan cina ini dipanggil The BambooNetwork yang nama bamboo bermaksid buluh .Seperti yang diketahui buluh memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan masyarakat Cina .




References :

Robert Kuok , Ashadi bin Mohd Zaini,Usahawan Malaysia 5th 2007 .PTS Professional Publishing Sdn Bhd .

Kuok Foundation Berhad ,2010 diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://www.kuokfoundation.com/about_intro.html

Robert Kuok Hock Nien ,Wikipedia ,diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Robert_Kuok_Hock_Nien


Robert Kuok still Malaysia's richest man ,New Straits Times ,16 February 2012 ,diakses pada 14 Oktober 2014 dari http://www2.nst.com.my/top-news/robert-kuok-still-malaysia-s-richest-man-1.47476

Pocari Sweat (Akihiko Otsuka) dan Danone Aqua (Tirto Utomo)


Persamaan
Pocari Sweat dan Danone Aqua merupakan syarikat menawarkan minuman yang mengutamakan kesihatan .Pocari Sweat merupakan syarikat dari Jepun manakala Danone Aqua merupakan syarikat dari Indonesia .Kedua-dua syarikat mempunyai banyak persamaan dan perbezaan dalam mengorganisasikan dan menjayakan syarikat.

Antara persamaan antara kedua-dua syarikat adalah toleransi kepada kegagalan dimana Syarikat Akihido Otsuka menawarkan minuman kesihatan Pocari Sweat kepada masyarakat dan mengalami masalah minuman tidak diterima oleh penguna . Pocari Sweat yang berasa tawar dibandingkan dengan minuman yang sangat laris pada masa itu adalah minuman rasa manis .Walaupun minuman Pocari Sweat tidak diterima oleh masyarakat ,tetapi Presiden Akihido Otsuka tidak menyerah diri .Mr Akihido Otsuka memutuskan bahawa minuman Pocari Sweat dibagikan secara percuma kepada masyarakat .Minuman Pocari Sweat dibagikan secara besar-besaran kepada ahli sukan pekerja dan sebagainya .Walaupun pembahagian secara percuma menyebahkan Otsuka Pharmaceutical mengalami kerugian yang tinggi tetapi Mr Akihido Otsuka tetap menjalankan strategi tersebut dan seterusnya strategi tersebut berkesan dan masyarakat mula menerima minuman Pocari Sweat .Manakala minuman Danone Aqua juga mengalami kesusahan dalam mengambil tempat dalam pasaran .Minuman Danone Aqua juga tidak diterima oleh masyarakat Indonesia pada permulaan kerana berasa minuman air putih yang percuma lebih diterima dalam masyarakat .Dengan ini ,Mr Rahadian Suwiryo tidak putus asa dan memutuskan memberikan modal atau produk kepada setiap peniaga rokok tiga botol minuman Aqua .Dengan ini,minuman Aqua mula menguasai pasaran secara kecilan pada permulaan dan seterus baru dapat berkembang .Oleh itu ,strategi ini menyebahkan minuman Aqua mula menguasai 10% pasaran dalam restoran ,hotel dan sebagainya .Dengan ini ,minuman Aqua terdapat dimana-mana pasaran .

Selain itu ,antara persamaan lain adalah memasuki pasaran baru yang persaing tidak menyedari .Minuman Pocari Sweat memasuki pasaran Jepun pada April 1980 dan pada masa itu Jepun tidak mempunyai minuman sihat terhadap manusia .Pada masa itu ,minuman yang paling laris di Jepun adalah minuman ringan kadar gulanya pada 12% yang ditawarkan oleh pesaing .Manakala minuman Danone Aqua merupakan minuman kesihatan yang pertama ditawarkan di Inonesia .Mr Rahadian Suwiryo menawarkan minuman kesihatan Danone Aqua pada tahun 1973 dan pada masa itu ,minuman yang paling laris di Indonesia adalah minuman ringan yang berwarna merah .Minuman Danone Aqua merupakan minuman kesihatan pertama di Inonesia dan pada tahun 1980 ,pesaing mula menawarkan minuman kesihatan di pasaran .Walaupun terdapat pesaing ,tetapi minuman Danone Aqua telah mengusai pasaran dan jualannya mula meningkat 10 kali ganda dari tahun 1998 hingga 2012 .

Seterusnya ,antara persmaan lain adalah strategi untuk mengubah pemikiran pengguna .Syarikat Pocari Sweat dan Danone Aqua berusaha untuk mengubah pemikiran ,cita rasa ,kuasa beli terhadap minuman mereka .Apabila Presiden Akihido Otsuka menguji coba ke 1000 kali ,beliau melahirkan idea dengan mencampurkan cairan infus dan serbuk intan dan hasilnya minuman Pocari Sweat yang dapat memenuhi cita rasa pengguna .Campuran yang dihasilkan menyelesaikan masalah kadar gula yang tinggi jika menggunakan zat pemanis .Manakala minuman Danone Aqua mengalakkan pengunaan minuman pada masa dahaga atau selepas sukan membolehkan pengguna menerima cita rasa minuman Danone Aqua .

Perbezaan

            Antara perbezaan minuman Pocari Sweat dan minuman Danone Aqua adalah cara promosi yang berbeza .Minuman Pocari Sweat menggunakan pembahagian secara percuma dengan besar-besaran untuk mempromokan minumannya.Syarikat Pocari Sweat membahagikan minumannya di kawasan sukan ,sauna dan sebagainya .Dengan membahagikan minuman secara percuma dapat memujuk pengguna untuk mencuba minumannya .Manakala minuman Danone Aqua menggunakan cara promosi denggan memberi sponsor kepada aktiviti-aktiviti sukan ,pertandingan marathon dan sebagainya .Selain itu ,syarikat Danone Aqua juga mempromokan minumannya dari rumah ke rumah (door by door) di kawasan perumahan supaya minumannya tidak hanya dinikmati oleh golongan menengah atas .Presiden Danone Aqua Mr Rahadian Suwiryo juga memutuskan untuk menaikan harga minumannya supaya mengubah persepsi penguna iaitu harga tinggi sama dengan kualiti tinggi.

Selain itu ,antara perbezaan lain adalah Syarikat Danone Aqua menlaksanakan usahasama dengan Danone .Usahasama membolehkan 2 syarikat berkonsi pengalaman ,teknologi ,cara pengurusan dan sebagainya .Dengan usahasama ,2 buah syarikat dapat mengurangkan persaingan dan seterusnya mengatasi persaingan lain .Dengan usahasama ,kedua-dua syarikat memberi kesan baik satu sama dengan lain untuk menjalankan perniagaan .Hasil dari usahasama ,jualan pada tahun 1998 adalah 1millian liter dan meningkat 10 kali ganda ke 10 millian liter pada tahun 2012 .



Strategi Analisi

            Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan panjang .Pada tahun 1973 ,Rokuro Harima penanggungjawab pengembangan minuman memperkenalkan cairan infus kepada Mr Akihido Otsuka dan beliau menangungkan dan menyatakan bukan masa untuk menperkenalkan .Pada thun 1976 ,selepas Mr Akihido Otsuka mejadi presiden Otsuka Pharmaceutical dan memutuskan untuk memperkenalkan minuman cairan infus kerana pada masa itu masyarakat mula mengutamakan kesihatan seperti trend olahraga jogging ,alat jogging dan sebagainya.Oleh itu ,Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan jauh dan memperkenalkan minuman Pocari Sweat tepat pada masanya .

            Selain itu ,Mr Akihido juga merupakan seorang yang berani mengambil risiko dengan membahagikan minuman secara percuma dengan besar-besaran di kawasan sukan ,sauna dan tempat bekerja .Walaupun pembahagian merugikan syarikat tetapi Mr Akihido Otsuka terus melaksanakan kerana dia yakin bahawa minuman Pocari Sweat akan Berjaya dan menguntungkan syarikat pada masa akan datang .


            Manakala Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang yang berani mengambil risiko iaitu meningkatkan harga minuman Danone Aqua .Mr Rahadian Suwiyo ingin mengubah persepsi penguna iaitu terhadap harga menentukan kualiti produk .Apabila harga minuman Danone Aqua meningkat malah jualannya tidak menurun tetapi meningkat dan memyebabkan Syarikat Danone Aqua menikmati keuntungan .Selain itu ,Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang usahawan yang menjalankan tanggungjawab sosial dengan membekalkan air bersih kepada masyarakat seperti program mendidik para ibu tentang kebaikan air sihat .Dengan ini ,minuman Danone Aqua menjadi kenal di pasaran .

Sunday 12 October 2014

Tatparanandam Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan

            Antara sebab saya memilih Ananda Krishnan adalah beliau merupakan orang kedua terkaya di Malaysia dan menjalankan perniagaan terutama dalam sektor media teknologi .Beliau berasal dari Brickfields ,Kuala Lumpur atau sekarang dikenali sebagai India Kecil .Beliau dilahirkan pada 1hb April ,1938 dan berumur 76 tahun .Beliau adalah orang kedua terkaya di Malaysia dan ke 138 terkaya di dunia dengan kekayaan sebanyak $ 4 bilion menurut Majalah Fobes (2005) .

            Beliau merupakan  belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda Krishnan pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

            Beliau mempunyai 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan iaitu anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo dan dia tidak berminat terlibat dalam perniagaan bapanya dan manjadi sami Buddha di Thailand .Seterusnya ,anak perempuan pula tinggal di UK dan merupakan seorang doctor dan tidak berminat dengan perniagaan bapanya .Seorang lagi anak perempuan pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tidak berminat dengan perniagaan bapanya .Oleh itu ,semua perniagaan dikendalikan oleh kumpulan professional yang terdiri dari mereka yang berkaliber .

            Beliau merupakan seorang usahawan yang mengutamakan pengembangan teknologi baru dan bertindak balas terhadap peluang perniagaan yang muncul .Antara latar belakang beliau sebelum 1990 an merupakan misteri ,terdapat media mengatakan bahawa kekayaan beliau pada masa itu adalah bergantung keapada kegiatan-kegiatan perjudian .

            Beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan dengan menceburi bidang perdagangan minyak .Beliau membuka Syarikat MAI Holding Sdn Bhd dan seterus menggunakan keuntungan untuk mengembangkan perniagaan ke industri lain seperti perjudian ,media ,telekomunikasi dan jana tenaga .
            Beliau merupakan seorang yang rendah diri dan dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya .Tetapi ,beliau merupakan seorang yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan dengan ahli-ahli politik .Pada tahun 1970 , Ananda sendiri telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir.

Oleh kerana hubungan beliau dengan Dr Mahathir, pada tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

            Kesimpulannya ,untuk menjayakan sesuatu perniagaan atau organisasi ,pemilik perlu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dan pihak-pihak lain yang berpotensi memberi impact kepada perniagaannya .Sebagai contoh ,hubungan Ananda Krishnan dengan Dr Mahathir pada tahun 1991 .







References :
Ananda Krishnan ,Majalah Forbes 2014 ,diakses pada 7 Okt 2014 dari http://www.forbes.com/profile/ananda-krishnan/
Siapakah Ananda Krishnan Orang kaya Malaysia No-2 ? , Harith ,17 Feb 2012 diakses pada 7 Okt 2014 dari http://www.lamankongsi.com/2012/02/siapakah-ananda-krishnan-orang-kaya.html



            

Sunday 5 October 2014

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Antara sebab saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah beliau merupakan bumiputera  terkaya di Malaysia dan mengutamakan aktiviti sosial ketika menjalankan perniagaan .Beliau berasal dari Alor Setar ,Kedah .Beliau dilahirkan pada tahun 1951 dan merupakan anak ketiga dalam kalangan tujuh adik beradik.Bapa beliau bernama Syed Nor AlBukhary merupakan seorang perniaga dan mengembara ke Asia Tengah dan Asia Tenggara untuk berniaga .

            Beliau merupakan orang ke-32 terkaya di Asia Tengara dengan mempunyai RM 11 bilion . Tambahan pula ,beliau merupakan usahawan ke-enam terkaya di Malaysia berdasarkan penilaian Malaysian Business sehingga 18 January 2014 dan merupakan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia . Beliau merupakan pengerusi Yayasan AlBukhary  .Beliau melibatkan diri dalam pelbagai perniagaan seperti perniagaan runcit ,penghasilan ,pelabuhan dan sebagainya .

            Beliau mula melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dengan membantu rumah menanam sayur-sayuran ,menternak lembu dan kerbau .Pada tahun 1970 ketika beliau berumur 19 tahun ,beliau memulakan perniagaan sebagai pengusha daging lembu .

            Pada tahun 1972 ,beliau memulakan perniagaan pengangkutan dengan membuka Syarikat Pengangkutan Sentosa untuk menjalankan perniagaan pengangkutan beras .Pada 1975 ,Syarikat Shah ditubuhkan untuk menjalankan perdagangan beras dan mendapat kontrak bagi membekalkan beras kepada pihak FELDA . Pada 1976 ,beliau menubuhkan Bukhary Sdn. Bhd dengan usaha sama dengan 2 orang peniaga Cina dan menjalankan perniagaan gula dan kini mencecah RM 250 Juta .

            Pada tahun 1977 ,beliau mengembangkan perniagaannya ke Kuala Lumpur dengan membuka cawangan Bukhary (KL) Sdn .Bhd .Syarikat ini telah manandatangan kontrak untuk membekalkan beras ,the ,tepung coklat ,tepung susu dan minyak sapi kepada kerajaan .Pada tahun 1979 , beliau menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd dengan mengedarkan barangan Fernleaf dan Anchor .

            Pada tahun 1978 ,beliau berjaya menggunakan sistem Barter di Ekspo Perdagangan Canton China .Beliau menggunakan koko di Malaysia dan menukar the dari China .Selain itu ,beliau juga menubuhkan kilang Amtek Holdings dan kilang Oriental Garments Uniform Division untuk menghasilkan kasut dan pakaian .Syarikat mendapat kontrak untuk membekalkan kasut dan seragam tentera .

            Selain itu ,beliau juga membeli Johor Port dari tender menerusi Dasar Penswastaan yang dijalankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .Tambahan pula ,beliau juga membeli Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd untuk menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas .Dengan ini ,beliao berjaya menarik beberapa syarikat perkapalan antarabangsa seperti Maersk Sealand dan Denmark berpindah dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas .

            Seterusnya ,beliau juga melibatkan diri dalam pembinaan jalan raya dengan membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan membina Lebuh Raya Pantai Timur .Selain itu ,beliau juga terlibat sektor pembekalan elektrik dan gas Malaysia dengan memilik saham dalam Malakoff Berhad .  

            Selain menjalankan perniagaan ,beliau juga melibatkan diri dalam usaha kebajikan atau dikenali sebagai usahawan sosial .Beliau menubuhkan Yayasan AlBukhary pada 1996 .Melalui yayasan ini ,beliau telah menyumbangkan sebanyak RM 1bilion untuk membiayai pelbagai program kebajikan terutamanya di kawasan Negeri Kedah dan Perak .Beliau juga menubuhkan sebanyak 500 pusat tuisyen kepada pelajar dan pelajar yang cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi .Selain itu ,beliau juga menubuhkan Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU) di Alor Setar pada 2010 .Selain sumbangan dalam pelajaran ,beliau juga memberi sumbangan dalam pembinaan masjid dan muzium .

            Kesimpulannya ,beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam pelbagai industri .Usahawan yang berjaya perlu mangambil risiko untuk mempelbagaikan perniagaan yang mempuyai potensi seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary melibatkan diri dalam pelbagai perniagaan seperti perniagaan runcit ,penghasilan ,pelabuhan dan sebagainya .Selain itu ,dengan keuntungan yang didapati harus disumbangkan kepada golongan yang diperlukan seperti beliau lakukan .Dengan ini ,keseimbangan ekonomi baru dapat dicapai dan negara baru boleh maju dan berjaya .




References :
Robert Kuok Dahului Senarai 40 Individu Terkaya Malaysia ,16 Feb 2011 ,MStar , 2014 Star Publications (M) Bhd ,diakses pada 5 okt 2014 dari http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/2/16/mstar_berita/20110216194745

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ,2005 ,diakses pada 5 Okt 2014 pada http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/