Pocari
Sweat (Akihiko Otsuka) dan Danone Aqua (Tirto Utomo)
Persamaan
Pocari
Sweat dan Danone Aqua merupakan syarikat menawarkan minuman yang mengutamakan
kesihatan .Pocari Sweat merupakan syarikat dari Jepun manakala Danone Aqua
merupakan syarikat dari Indonesia .Kedua-dua syarikat mempunyai banyak
persamaan dan perbezaan dalam mengorganisasikan dan menjayakan syarikat.
Antara
persamaan antara kedua-dua syarikat adalah toleransi kepada kegagalan dimana
Syarikat Akihido Otsuka menawarkan minuman kesihatan Pocari Sweat kepada
masyarakat dan mengalami masalah minuman tidak diterima oleh penguna . Pocari
Sweat yang berasa tawar dibandingkan dengan minuman yang sangat laris pada masa
itu adalah minuman rasa manis .Walaupun minuman Pocari Sweat tidak diterima oleh
masyarakat ,tetapi Presiden Akihido Otsuka tidak menyerah diri .Mr Akihido
Otsuka memutuskan bahawa minuman Pocari Sweat dibagikan secara percuma kepada
masyarakat .Minuman Pocari Sweat dibagikan secara besar-besaran kepada ahli
sukan pekerja dan sebagainya .Walaupun pembahagian secara percuma menyebahkan
Otsuka Pharmaceutical mengalami kerugian yang tinggi tetapi Mr Akihido Otsuka
tetap menjalankan strategi tersebut dan seterusnya strategi tersebut berkesan
dan masyarakat mula menerima minuman Pocari Sweat .Manakala minuman Danone Aqua
juga mengalami kesusahan dalam mengambil tempat dalam pasaran .Minuman Danone
Aqua juga tidak diterima oleh masyarakat Indonesia pada permulaan kerana berasa
minuman air putih yang percuma lebih diterima dalam masyarakat .Dengan ini ,Mr
Rahadian Suwiryo tidak putus asa dan memutuskan memberikan modal atau produk
kepada setiap peniaga rokok tiga botol minuman Aqua .Dengan ini,minuman Aqua
mula menguasai pasaran secara kecilan pada permulaan dan seterus baru dapat
berkembang .Oleh itu ,strategi ini menyebahkan minuman Aqua mula menguasai 10%
pasaran dalam restoran ,hotel dan sebagainya .Dengan ini ,minuman Aqua terdapat
dimana-mana pasaran .
Selain
itu ,antara persamaan lain adalah memasuki pasaran baru yang persaing tidak menyedari
.Minuman Pocari Sweat memasuki pasaran Jepun pada April 1980 dan pada masa itu
Jepun tidak mempunyai minuman sihat terhadap manusia .Pada masa itu ,minuman
yang paling laris di Jepun adalah minuman ringan kadar gulanya pada 12% yang
ditawarkan oleh pesaing .Manakala minuman Danone Aqua merupakan minuman
kesihatan yang pertama ditawarkan di Inonesia .Mr Rahadian Suwiryo menawarkan
minuman kesihatan Danone Aqua pada tahun 1973 dan pada masa itu ,minuman yang
paling laris di Indonesia adalah minuman ringan yang berwarna merah .Minuman
Danone Aqua merupakan minuman kesihatan pertama di Inonesia dan pada tahun 1980
,pesaing mula menawarkan minuman kesihatan di pasaran .Walaupun terdapat
pesaing ,tetapi minuman Danone Aqua telah mengusai pasaran dan jualannya mula
meningkat 10 kali ganda dari tahun 1998 hingga 2012 .
Seterusnya
,antara persmaan lain adalah strategi untuk mengubah pemikiran pengguna .Syarikat
Pocari Sweat dan Danone Aqua berusaha untuk mengubah pemikiran ,cita rasa
,kuasa beli terhadap minuman mereka .Apabila Presiden Akihido Otsuka menguji
coba ke 1000 kali ,beliau melahirkan idea dengan mencampurkan cairan infus dan
serbuk intan dan hasilnya minuman Pocari Sweat yang dapat memenuhi cita rasa
pengguna .Campuran yang dihasilkan menyelesaikan masalah kadar gula yang tinggi
jika menggunakan zat pemanis .Manakala minuman Danone Aqua mengalakkan
pengunaan minuman pada masa dahaga atau selepas sukan membolehkan pengguna
menerima cita rasa minuman Danone Aqua .
Perbezaan
Antara
perbezaan minuman Pocari Sweat dan minuman Danone Aqua adalah cara promosi yang
berbeza .Minuman Pocari Sweat menggunakan pembahagian secara percuma dengan
besar-besaran untuk mempromokan minumannya.Syarikat Pocari Sweat membahagikan
minumannya di kawasan sukan ,sauna dan sebagainya .Dengan membahagikan minuman
secara percuma dapat memujuk pengguna untuk mencuba minumannya .Manakala
minuman Danone Aqua menggunakan cara promosi denggan memberi sponsor kepada
aktiviti-aktiviti sukan ,pertandingan marathon dan sebagainya .Selain itu
,syarikat Danone Aqua juga mempromokan minumannya dari rumah ke rumah (door by
door) di kawasan perumahan supaya minumannya tidak hanya dinikmati oleh
golongan menengah atas .Presiden Danone Aqua Mr Rahadian Suwiryo juga
memutuskan untuk menaikan harga minumannya supaya mengubah persepsi penguna
iaitu harga tinggi sama dengan kualiti tinggi.
Selain
itu ,antara perbezaan lain adalah Syarikat Danone Aqua menlaksanakan usahasama
dengan Danone .Usahasama membolehkan 2 syarikat berkonsi pengalaman ,teknologi
,cara pengurusan dan sebagainya .Dengan usahasama ,2 buah syarikat dapat
mengurangkan persaingan dan seterusnya mengatasi persaingan lain .Dengan
usahasama ,kedua-dua syarikat memberi kesan baik satu sama dengan lain untuk
menjalankan perniagaan .Hasil dari usahasama ,jualan pada tahun 1998 adalah
1millian liter dan meningkat 10 kali ganda ke 10 millian liter pada tahun 2012
.
Strategi
Analisi
Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan
panjang .Pada tahun 1973 ,Rokuro Harima penanggungjawab pengembangan minuman
memperkenalkan cairan infus kepada Mr Akihido Otsuka dan beliau menangungkan
dan menyatakan bukan masa untuk menperkenalkan .Pada thun 1976 ,selepas Mr
Akihido Otsuka mejadi presiden Otsuka Pharmaceutical dan memutuskan untuk
memperkenalkan minuman cairan infus kerana pada masa itu masyarakat mula
mengutamakan kesihatan seperti trend olahraga jogging ,alat jogging dan
sebagainya.Oleh itu ,Mr Akihido Otsuka merupakan seorang yang berpandangan jauh
dan memperkenalkan minuman Pocari Sweat tepat pada masanya .
Selain itu ,Mr Akihido juga merupakan seorang yang berani
mengambil risiko dengan membahagikan minuman secara percuma dengan
besar-besaran di kawasan sukan ,sauna dan tempat bekerja .Walaupun pembahagian
merugikan syarikat tetapi Mr Akihido Otsuka terus melaksanakan kerana dia yakin
bahawa minuman Pocari Sweat akan Berjaya dan menguntungkan syarikat pada masa
akan datang .
Manakala Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang yang
berani mengambil risiko iaitu meningkatkan harga minuman Danone Aqua .Mr
Rahadian Suwiyo ingin mengubah persepsi penguna iaitu terhadap harga menentukan
kualiti produk .Apabila harga minuman Danone Aqua meningkat malah jualannya
tidak menurun tetapi meningkat dan memyebabkan Syarikat Danone Aqua menikmati
keuntungan .Selain itu ,Mr Rahadian Suwiryo merupakan seorang usahawan yang
menjalankan tanggungjawab sosial dengan membekalkan
air bersih kepada masyarakat seperti program mendidik para ibu tentang kebaikan
air sihat .Dengan ini ,minuman Danone Aqua menjadi kenal di pasaran .
No comments:
Post a Comment