Saturday 20 September 2014

Evolusi Keusahawanan

Evolusi Keusahawanan
Fasa Pertama
Fasa pertama merujuk kepada Zaman Paleolitik iaitu zaman batu . “Masyarakat Zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atao nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar .”(MPPPU SMK Pulau Nyior ,2011). Sepanjang zaman ini ,aktiviti keusahawanan dijalankan melalui memburu dengan pengunaan alat batu,mengutip hasil hutan ,mengumpulkan apa yang disediankan oleh alam . Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf .Manusia dalam zaman ini menjalankan aktiviti harian untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga .
Fasa Kedua
Fasa Kedua merujuk kepada Zaman Mesolitik merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh Zaman Paleolitik dan Neolitik . “Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan”(Mohd Junaidi ,2011) . Zaman ini merupakan zaman pengenalan kepada pertanian .Aktiviti keusahawanan dijalankan melalui memburu ,mengutip hasil hutan dan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan .
FasaKetiga

Fasa ketiga merujuk kepada Zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Baru. “Zaman ini menjalankan aktiviti pertanian – tanaman makanan seperti bijirin dan penternakan binatang seperti  kambing, biri-biri dan anjing. Kegiatan memburu binatang dan memungut hasil hutan kurang penting. Bijirin makanan dituai dan disimpan untuk kegunaan seterusnya. Berlaku penerokaan kawasan baru untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Mewujudkan kawasan perkampungan.” (khairulmukmineen ,2011) Dalam zaman ini, manusia menjalankan aktiviti pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.

 

 

 

 

Fasa Keempat

Fasa keempat merujuk kepada Sistem Barter . “Sistem barter bermaksud aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa menggunakan wang bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.”(Mohd Azam ,2012) . “Sistem barter merupakan sejenis bentuk kegiatan business yang tidak menggunakan bentuk perantara pertukaran contohnya uang, di mana barang atau makanan ditukar dengan barang dan atau makanan lain. Barter biasa jadi dilakukan antara dua orang atau beberapa pihak. (Matnuh ,2012) . Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpawang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.

            Selepas Sistem Barter diperkenalkan untuk memudahkan aktiviti keusahawanan ,tetapi sistem barter mempunyai 3 kelemahan iaitu :

·         Penemuan kehendak beregu

Masalah ini wujud kerana apabila aktiviti keusahawanan ,pertukaran atau urus niaga dijalankan memerlukan kedua-dua pihak mempunyai kehendak yang saling menggenapkan sebelum pertukaran boleh dilakukan .Sebagai contoh ,pihak A harus dapat menawarkan barangan yang dikehendaki oleh pihak B ,pada masa yang sama pihak A juga mempuyai keinginan kepada barangan yang ditawarkan oleh pihak B .

·         Masalah mambahagi

Barangan yang ditawarkan sukar dibahagikan kepada unit-unit kecil semasa menjalankan pertukaran dengan barangan lain yang bernilai lebih kecil .Sebagai contoh ,daging lembu dengan ayam sukar dibahagikan untuk menjalankan pertukaran .

·         Masalah simpanan nilai

Kebanyakan barangan yang ditawarkan untuk pertukaran dalam sistem Barter merupakan hasil pertanian yang mudah rosak dan tidak tahan lama ,maka pertukaran sukar dijalankan apabila ketahanan barangan yang ditawarkan adalah berbeza .

Fasa Kelima

Fasa kelima merujuk kepada pengenalan wang dalam masyarkat untuk mengantikan sistem Barter .Mata Wang merujuk kepada wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara tidak termasuk pemegangan oleh institusi perbankan (merangkumi bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar, bank-bank Islam dan syarikat diskaun).” (Bank Negara Malaysia )Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran diantara barang-barang dan perkidmatan-perkhidmatan.” (Zaharuddin 2010 ) .Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagaimedium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.” (Wikipedia) .

 Oleh kerana kelemahan terhadap sistem barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta.Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi iaitu masyarakat menggunakan alat-alat untuk menjalakan pertukaran .Antara alat-alat yang digunakan ialah :

1.    Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
2.    Kulit-kulit binatang
3.    Pedang
4.    Cerek (bahan tembaga)
5.    Tombak
6.    Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
7.    Meriam kecil tembaga

Selepas alat-alat diperkenalkan ,masyarakat juga menemui batu kecil untuk menghasilkan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi .Nilai bahan logam yang digunakan untuk pertukaran adalah berasakan tahap kesukaran mendapati ,sebagai contoh ,nilai emas adalah tinggi timah kerana emas sukar didapati .  Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.

Tambahan pula ,selepas wang logam diperkenalkan ,wang ketas diperkenalkan untuk mengatasi wang logam yang berat untuk dibawa menjalankan urusniaga .Wang kertas mula diperkenalkan dalam bentuk resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas .Masyarakat menggunakan resit yang lebih ringgan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan .

Fasa Keenam

Fasa ini merujuk kepada pengenalan kad kredit dan debit iaitu orang ramai tidak perlu membawa wang apabila menjalankan urusniaga dengan pihak lain .Pembayaran melalui kad dengan pembayaran dari akaun kepada akaun memudahkan aktiviti keusahawanan .

Selain itu ,fasa ini juga merujuk kepada urusniaga secara kredit iaitu menjalankan pertukaran tanpa mempunyai wang yang mencukupi .Penggunaan urusniaga kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit .Kredit yang dilakukan perlu dibayar secara ansuran dalam bulanan atau tahunan .

 

           

References :

·         Glosari Bank Negara diakses pada 15 sep 2014 dari http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2014/5/x_bm.pdf

·         Sistem Barter ,Mohd Azam ,5 april 2012 diakses pada 15 Sep 2014 dari http://mohdazam-yik.blogspot.com/2012/04/sistem-barter-bermaksud-aktiviti.html

·         Tamadun Dunia , Mohd Junaidi ,2011 diakses pada 15 Sep 2014 dari http://skorasejarahstpm.blogspot.com/p/tema-1-tamadun-dunia.html


·         Sejarah Perniagaan , Syed Zul Helmi Bin Syed Amran ,2008 diakses pada 15 Sep 2014 dari http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2008/ogos-2008/69-Sejarah/373-sejarah-perniagaan